Monday, January 19, 2015

Segalanya Bermula dari sini...




Lembut wanita kerana senyumannya,
cekal wanita kerana berani nya, 
patuh wanita kerana airmatanya, 
ikhlas wanita kerana kesetiannya,
sabar wanita kerana imannya,
kasih wanita kerana belaiannya,
lemah wanita kerana airmatanya,
ikhlas wanita kerana simpatinya, 
pendam wanita kerana cemburunya, 
sayang wanita kerana sikap keibuannya,
tanpa wanita lelaki menjadi lemah, 
kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah.

Cintailah seseorang itu atas siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya...

Andai suatu saat nanti aku harus pergi maafkan aku kerana aku terpaksa 
bukan kerana orang ketiga tetapi untuk menemui-Nya.

Menjadi cinta pertamanya memang indah,
namun menjadi cinta terakhirnya lebih sempurna...

Islam itu sangat INDAH dan sangat mudah untuk kita mendapatkan keredhaan-Nya, 
namun amatlah susah untuk melakukannya andai "Minded set" kita sering mengatakan 
"NANTI LAH", "MALASNYER" , " MASIH ADA MASA LAGI", "MASIH BELUM TERLAMBAT PUN"

saya juga tidak terlepas dari semua tu, hakikat terikat dengan yg namanya "LIFE STUDENT" kan ...
ni la alasan yg sering digunakan, lebih2 lagi apabila mendapatkan kerja yg banyak, assignemnt itu ini, sampaikan SOLAT dilupakan NAUZUBILLAH...

Bila difikirkan balik, kenapa dulu aku rajin, kenapa sekarang aku sangat malas dan lalai? . dan bila difikrkan lg "Adakah ktka nyawa kta ditarik dengan Allah kelak blh diminta2 untuk dilambatkan??" 
Dan kenapa org lain boleh menyempurnakan ibadahnya walau sesibuk apa sekalipun ia..
dari situ timbulnya rasa cemburu dan alhamdulillah saya sendiri masih diberi kesempatan untuk terus mencintai dan terus merindui-Nya..

Ingatlah saudara serta saudari sekalian Allah itu Maha Pengasih (Al-Rauf) dan Maha Penyayang (Al- Rahim)..Allah itu juga Maha Pengampun (Al-Ghafur).. subhanaALLAH... katakanlah ruginya aku jika tdk mempercepatkan diri untuk bertaubat dan berpaling pada-Nya..

" Mengapa mencintai sesuatu yg bakal pergi,
Mengapa mengejar sesuatu yg pasti mimpi,
Mengapa mengimpikan sesuatu yg bukan utk dimiliki,
Carilah sesuatu yg kekal abadi, 
Kerana itulah tempat kembali".

No comments:

Post a Comment