Monday, January 19, 2015

Cinta Allah vs Cinta Manusia




Cinta kepada bunga.. cinta akan layu
cinta kepada manusia.. manusia itu akan pergi
cinta kepada Allah... cinta itu akan sejati dan suci

cinta? Apa itu cinta ? siapa yang berhak kita berikan cinta itu?
cinta itu suatu perasaan yg tidak dapat kita tolak dari perasaan kita sendiri .. Allah ciptakan perasaan cinta itu untuk menikmati bahagia dalam kehidupan.. tetapi kadang-kadang ada insan yang telah menyalahgunakan "cinta" untuk manusia yang tidak berhak mendapatkannya... perasaan cinta itu sangat indah.. lagi indah bila cinta itu didambakan kepada yang selayaknya.. "cinta kepada Allah SWT. kekal selamanya .. "
Ada juga insan yang mengatakan bahawa "cinta itu buta".. cinta itu buta apabila cinta itu di salah ertikan dan disalah tafsir..untuk remaja cinta itu dikatakan "cinta monyet"..  cinta remaja bak kata org tua .. darah muda.. ramai remaja masa kini telah hanyut oleh arus buaian cinta yang di bisikkan dengan godaan syaitan dan akhirnya terlanjur kesan keinginan nafsu yang tiada pendinding iman .. sehingga di dada media akhbar tersebar berita anak luar nikah dilahirkan.. ada juga anak luar nikah dibuang di tong sampah sehinggakan di jinjing anjing  dan dimamah kulit bayi  yang comel itu oleh sitikus yg kelaparan.... ada juga yg tega membuang si kecil yg tidak berdosa itu di dalam mangkuk tandas..nauzubillah ,,, beginilah tabiat mereka pabila tidak bisa mengawal nafsu.. "cintailah Allah barulah Allah membri cinta yg sejati kepada kita"
Maka Rasulullah SAW. telah bersabda kepada kami, " sesiapa antara kamu berkemampuan utk berkahwin, maka kahwinlah, kerana berkahwin itu dapat menyekat pandangan mata dan menjaga kemaluan. tetapi sesiapa yg tdk berkuasa maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu melemahkan keinginan. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Ingin mendapatkan cinta dari Allah? Kita hendaklah mendapatkan cinta dari Allah dahulu barulah kita akan mendapatkan cinta yg kita inginkakn.. Bagaimana? beribadatlah dengan hati yg ikhlas kepada Allah.. Memohon kepada Allah agar diberi jodoh yg beriman dan soleh/solehah.. sementara Allah menghantar jodoh utk kta..kta perlu mempersiapkan dri kta dengan beribadat kepada A;;ah.. menjaga hubungan sesama manusia... Allah akan temukan jodoh utk kta apabila ta sudah bersedia..lalu Allah akan temukan si dia setelah kita berusaha... Jodoh tdk datang dengan sendirinya tanpa usaha.. setelah kita berusaha dan bertemu dengan si dia... istikharah dengan pilihan kita.. semoga Allah memberikan kita petunjuk yang baik. 

Selamilah Cerita Cinta Ahmad Ammar




Novel Cerita Cinta Ahmad Ammar


Pemuda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana..... 
Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a., para-para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Subhanallah!! Berebut-rebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda allahyarham.....


video kenangan beliau yg dikongsi bersama Group Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)


Lihat video ucapan imam disana.....ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata......Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana. Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang.Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi. Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah. semoga kita sama-sama belajar dan menerima sesuatu dari video ini. kata-kata di atas oleh : FB Ustaz Nasir Cuba lihat dan dengar video di bawah ini pada minit ke 11,50 saat. Kenyataan yang perlu rakyat Malaysia tahu oleh Imam Masjid Turki tentang kematian Ahmad Ammar. 
Dan ini adalah Catatan Terakhir Arwah dalam perjuangannya untuk berdakwah yang telah dijumpai rakannya : "Perlu ada Keredhaan Allah dalam Amalan Kalian, Sekiranya Allah Redha sedangkan seluruh dunia Berpaling daripadamu, Maka itu tidak penting. Jika Dia telah Menerima Amalanmu sedangkan seluruh Makhluk menolak, Maka dia tidak memberi apa-apa kesan pun... Kerana itulah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama didalam khidmat dakwah ini." Marilah kita sama-sama sedekahkan Arwah Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam Al-Fatihah.... Semoga Rohnya berada dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Amin...

Sahabat dan Cinta-Nya


Segalanya Bermula dari sini...




Lembut wanita kerana senyumannya,
cekal wanita kerana berani nya, 
patuh wanita kerana airmatanya, 
ikhlas wanita kerana kesetiannya,
sabar wanita kerana imannya,
kasih wanita kerana belaiannya,
lemah wanita kerana airmatanya,
ikhlas wanita kerana simpatinya, 
pendam wanita kerana cemburunya, 
sayang wanita kerana sikap keibuannya,
tanpa wanita lelaki menjadi lemah, 
kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah.

Cintailah seseorang itu atas siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya...

Andai suatu saat nanti aku harus pergi maafkan aku kerana aku terpaksa 
bukan kerana orang ketiga tetapi untuk menemui-Nya.

Menjadi cinta pertamanya memang indah,
namun menjadi cinta terakhirnya lebih sempurna...

Islam itu sangat INDAH dan sangat mudah untuk kita mendapatkan keredhaan-Nya, 
namun amatlah susah untuk melakukannya andai "Minded set" kita sering mengatakan 
"NANTI LAH", "MALASNYER" , " MASIH ADA MASA LAGI", "MASIH BELUM TERLAMBAT PUN"

saya juga tidak terlepas dari semua tu, hakikat terikat dengan yg namanya "LIFE STUDENT" kan ...
ni la alasan yg sering digunakan, lebih2 lagi apabila mendapatkan kerja yg banyak, assignemnt itu ini, sampaikan SOLAT dilupakan NAUZUBILLAH...

Bila difikirkan balik, kenapa dulu aku rajin, kenapa sekarang aku sangat malas dan lalai? . dan bila difikrkan lg "Adakah ktka nyawa kta ditarik dengan Allah kelak blh diminta2 untuk dilambatkan??" 
Dan kenapa org lain boleh menyempurnakan ibadahnya walau sesibuk apa sekalipun ia..
dari situ timbulnya rasa cemburu dan alhamdulillah saya sendiri masih diberi kesempatan untuk terus mencintai dan terus merindui-Nya..

Ingatlah saudara serta saudari sekalian Allah itu Maha Pengasih (Al-Rauf) dan Maha Penyayang (Al- Rahim)..Allah itu juga Maha Pengampun (Al-Ghafur).. subhanaALLAH... katakanlah ruginya aku jika tdk mempercepatkan diri untuk bertaubat dan berpaling pada-Nya..

" Mengapa mencintai sesuatu yg bakal pergi,
Mengapa mengejar sesuatu yg pasti mimpi,
Mengapa mengimpikan sesuatu yg bukan utk dimiliki,
Carilah sesuatu yg kekal abadi, 
Kerana itulah tempat kembali".